Pandangan ku kosong. Ku lihat ke jendela. Ku pejamkan mata. Tiada apa yang dapat ku rasakan. Hari demi hari . Ku biarkan ianya pergi. Masa silih berganti. Adakah ianya akan terlerai jua. Usai masa aku harus berlabuh jua. Lenaku selalu terganggu. Sampai kapan?. Minda ku berputar mencari akal. Argghhhh sungguh singkat perjalanan ini. Mahu sahaja ku berhenti mengharap dari hidup penuh dengan teka teki. Wajahmu & senyumanmu yang semakin hilang. Apa lagi mahu mu? Segalanya kabur di pandangan mataku. Namun aku tetap ada di hadapanmu walau jiwaku kosong. Sampai di sini saja. Esok pasti berbeda.